Fahami subjek sebelum menghafal
RAMAI yang sukar memahami apa yang diajar guru. Lantas, ada yang tidak berminat untuk belajar dan lebih parah, ada yang sanggup ponteng atau lari dari rumah apatah lagi menganggap proses pembelajaran satu bebanan yang tidak terpikul.Adakah masalah lupa menjadi halangan besar yang merunsingkan diri?Cuba hayati perkara berikut yang mungkin boleh membantu diri dalam menghadapi pelajaran:
"Buat apa baca sekarang, esok lupa juga." Ini antara kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma belum melakukan cukup usaha supaya tidak lupa. Jangan risau jika masih banyak yang belum diingat. Apa yang penting, sudah banyak tajuk yang difahami. Belajar awal membolehkan seseorang itu punya banyak masa dan berpeluang bertanya kepada guru serta rakan supaya setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat. Pastikan anda faham mesej yang mahu disampaikan dalam fakta terbabit. Kemudian, barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan yang menjadi kata kunci kepada fakta. Mengingati kata kunci ini pasti mudah bagi anda menerangkan maksud di sebaliknya. Tidak perlu terburu-buru. Pecahkan fakta terbabit kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini. |
No comments:
Post a Comment