Sunday, March 22, 2009

ahlan wasahlan....

Mutiara Kata

-Kejujuran adalah perhiasan jiwa yang lebih bercahaya daripada berlian

-Belajar tanpa berpikir tidak ada gunanya, sedangkan berpikir tanpa belajar adalah berbahaya.

-Cinta kepada Allah adalah puncaknya cinta. Lembahnya cinta adalah cinta kepada sesama.

-Keluhuran budi pekerti akan tampak pada ucapan dan tindakan.

-Orang yang berjiwa besar teguh pendiriannya, tetapi tidak keras kepala.

Thursday, February 12, 2009

SaLaM SaYaNg....renung-renungkan bersama


Hidup umpama roda yang berputar-putar di atas jalan raya...
Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan mengikut rentak pemandu...
Jadi, pasang surut sebuah kehidupan tu juga ibarat sebuah permainan...
Hanya diri kita yang mampu memandu sendiri haluan hidup ini...
Pandai-pandailah menentukan arah hidup sendiri...
Moga mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amin.

Thursday, January 29, 2009

limpahkan kasih sayang

dipetik dari web http://www.hmetro.com.my

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:






  • Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.

  • Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.

  • Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.

  • Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.

  • Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.

  • Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

    Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.
  • Harian Metro: 29.01.09/khamis

    Fahami subjek sebelum menghafal

    RAMAI yang sukar memahami apa yang diajar guru. Lantas, ada yang tidak berminat untuk belajar dan lebih parah, ada yang sanggup ponteng atau lari dari rumah apatah lagi menganggap proses pembelajaran satu bebanan yang tidak terpikul.Adakah masalah lupa menjadi halangan besar yang merunsingkan diri?Cuba hayati perkara berikut yang mungkin boleh membantu diri dalam menghadapi pelajaran:

  • Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulang kaji terlalu awal.

    "Buat apa baca sekarang, esok lupa juga." Ini antara kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma belum melakukan cukup usaha supaya tidak lupa.


  • Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Belajar awal perlu untuk menyediakan nota bermutu dan membolehkan seseorang memahami setiap mata pelajaran sebaik-baiknya.

    Jangan risau jika masih banyak yang belum diingat. Apa yang penting, sudah banyak tajuk yang difahami.


  • Fahami apa yang dibaca. Memahami mata pelajaran adalah langkah pertama sebelum melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan sia-sia.

    Belajar awal membolehkan seseorang itu punya banyak masa dan berpeluang bertanya kepada guru serta rakan supaya setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat.


  • Selepas benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk digunakan setiap kali musim peperiksaan. Sediakan juga nota saku dan peta minda bagi memudahkan diri merujuk semula apa yang dipelajari tanpa perlu membelek semula buku asal.


  • Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.

    Pastikan anda faham mesej yang mahu disampaikan dalam fakta terbabit. Kemudian, barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat.

    Hafal hanya perkataan yang menjadi kata kunci kepada fakta. Mengingati kata kunci ini pasti mudah bagi anda menerangkan maksud di sebaliknya.


  • Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal semuanya serentak.

    Tidak perlu terburu-buru. Pecahkan fakta terbabit kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.
  • Wednesday, January 28, 2009

    Saturday, January 24, 2009

    Kenali Diri Anda

    Berdasarkan kepada kemampuan diri, anda seharusnya berusaha mengembangkannya dan cuba hargai diri sendiri. Ia penting untuk mencapai hidup bahagia.

    - Percaya kata hati

    Jika sukar untuk membuat keputusan, percayalah pada kata hati kerana hati sememangnya tidak pernah berbohong.

    - Kenal emosi dalam diri

    Cuba kenal pasti tanda yang boleh menyebabkan emosi sering terganggu, marah, kecewa atau curiga. Semakin banyak anda mengenali emosi, semakin mudah anda mengawalnya.

    - Bertanggungjawab

    Bertanggungjawab terhadap diri sendiri adalah satu perkara yang perlu ada dalam diri seseorang. Contohnya, melakukan perkara baik yang mendatangkan manfaat kepada diri.

    - Bersikap terbuka

    Bersikap terbuka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa mampu mengubah diri menjadi remaja yang berjaya. Anda bukan saja mudah bergaul tetapi mudah diterima orang sekeliling yang senang dengan kehadiran anda.

    - Bersikap jujur

    Anda akan rasa bahagia sekiranya bersikap jujur dengan diri sendiri dan orang lain. Anda tidak perlu menjadi hipokrit atau bermuka-muka, sebaliknya jadilah diri sendiri walaupun dengan penampilan sederhana.

    - Terima perubahan

    Sikap mudah menerima dan menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan pada diri dan sekeliling anda akan membuatkan pergaulan bersama kawan bertambah rapat.

    - Beri dorongan pada diri

    Sokong dan dorong kata hati dan diri sendiri supaya hidup menjadi lebih sempurna dan bahagia. Ia sekali gus membuatkan anda menjadi seorang yang tidak membosankan.

    - Kenali kekuatan dan batasan diri

    Tonjolkan kekuatan dan kelebihan yang ada dalam diri anda. Ia bukan bermakna anda seorang sombong atau meninggi diri tetapi sebenarnya membantu anda menjadi lebih yakin.

    - Kenali perkara disukai dan sebaliknya

    Tahukah anda perkara yang disukai boleh mengembangkan minat dan keinginan anda untuk menjadi yang terbaik, manakala perkara yang tidak disukai boleh menyebabkan anda sering berasa tertekan. Jadi, kenal pasti apa yang anda sukai dan jangan biarkan perkara yang tidak disukai mengganggu ‘mood’ anda.

    - Kembangkan kemampuan diri

    Berdasarkan kepada kemampuan diri, anda seharusnya berusaha mengembangkannya dan cuba hargai diri sendiri. Ia penting untuk mencapai hidup bahagia.


    Kenali Diri Dan Pasangan Dari Tarikh Lahir

    Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

    Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

    Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

    Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

    Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

    Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

    Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

    Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

    Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

    no.1
    —-
    Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam
    asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului
    dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak
    pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia
    yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan
    orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan
    dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
    belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda
    ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
    Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

    no.2
    —-
    Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
    berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em….bagus! Anda suka
    bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and
    perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
    diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda
    juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam
    muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang
    keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda
    boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda
    juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda
    adalah no.2, 5, 9.

    no.3
    —-
    Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama
    dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah
    keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat
    pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan
    dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja
    keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua
    daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan,
    kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang
    itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta
    di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia
    ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

    no.4
    —-
    Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
    orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang
    rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
    Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah
    tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda
    kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan
    menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada
    anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun
    anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

    no.5
    —-
    Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara
    hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
    Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan
    kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan
    minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang
    yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.
    Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda
    mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2,
    9.

    no.6
    —-
    Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
    perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai
    dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati
    (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa
    yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda
    mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan
    mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan
    mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

    no.7
    —-
    Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
    realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
    pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu
    panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk
    keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali
    sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah
    dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang
    bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

    no.8
    —-
    Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami
    anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.. Anda juga
    mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan
    anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa
    anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang
    disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah
    membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan,
    keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

    no.9
    —-
    Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
    Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang
    sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima
    cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda
    selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah
    semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
    Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain
    percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
    Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

    (sumber: super tips kehidupan)