Friday, January 23, 2009

"chaiyok2"


MeNuJu PuNcAk KeJaYaAn...oyeh2
{Tiga Kunci}
Tiga kunci kejayaan yang harus diamalkan dalam hidup kita ialah fokus, fokus dan fokus dalam mencapai matlamat kita. Kejayaan akan membesar dan berterusan sekiranya kita jelas dengan apa yang ingin dicapai dan apa yang benar-benar kita inginkan.

Tujuh Langkah Dalam Mencapai Matlamat


Putuskan apa yang anda mahu dalam pelbagai bidang kehidupan. Buat secara spesifik
Tulis dengan jelas dan terperinci
Setkan tarikh pencapaian yang diingini, sekiranya matlamat itu besar, pecahkan tempoh pencapaian kepada beberapa tarikh dan pastikan ianya juga ditulis;
Buat senarai apa yang anda fikirkan boleh dibuat bagi mencapai matlamat diri, sekiranya anda terfikir idea baru untuk mencapai matlamat tersebut tuliskan dalam senarai untuk dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut;
Buat perancangan agar senarai tadi dimasukkan dalam perancangan yang terperinci mengikut turutan dan keutamaan;
Mengambil langkah atau tindakan secara segera beberapa langkah yang boleh dibuat pada masa tersebut. Ini sangat penting sebagai pendorong!
Buat sesuatu yang berkaitan matlamat tadi setiap hari berkaitan matlamat diri . penting kerana ianya akan mengekalkan momentum pencapaian matlamat

No comments:

Post a Comment