Saturday, January 24, 2009

Ayah dan Ibu

Dua insan yang ku sayangi dunia dan akhirat,
Betapa penting dikau dalam hidup ku ini,
Ku resah tanpa mu disisi,

Nilai kasih sayangmu begitu berharga buatku.

Biarpun berjuta kekayaan yang ku dimiliki,
Tanpa restumu...jiwaku kosong,

Hanya dikau tempat ku mencurahkan bakti,

Membalas segala pengorbanan yang telah dikau beri,

Walaupun nilainya kecil berbanding apa yang
telah
dikau berikan untuk anakmu ini.

Dikau penawar segala luka dan duka nestapa,

Ingin selalu ku melihatmu,

Ingin selalu ku ucapkan kata-kata manis,

Ingin selalu aku menjagamu.


Namun...


Hanya doa restu ku pinta,

Anakmu ini jauh di perantauan,
Mencari ilmu menjengah nasib diri,

Cuba menggapai sebuah cita-cita,

Mengimpikan hidup bahagia dunia dan akhirat.


Nukilan rase: ladies "aku sayang kamu"









Screen -Bila Cinta Didusta

Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana

Insan jadi idaman
Kini dimilik orang
Cinta yang diimpikan

Putus di tengah jalan
Terpaksa mengalah

1
Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Tersiksa sayu pilu

Ooo...oo merayu-rayu
Ooo...oo ingin kembali
Ooo...oo meratap sayu
Tidak mungkin orang simpati
Menoleh pun tak sudi

Andainya ditakdirkan
Cintamu didustai
Pastinya kau mengerti
Siksanya perpisahan
Hanyalah ditemani sesalan

( Ulang 1 hingga akhir )


Friday, January 23, 2009

Jadikan iktibar dalam hidup anda....wanita solehah

-aurat dijaga
-pergaulan dipagari
-sifat malu pengikat diri
-keayuan tidak terletak pada cantiknya wajah
-kemanisan tidak terletak pada kemanjaannya
-bicaranya menggoncangkan keimanan muslimin
-kebijaksanaannya tidak terletak pada pandai memujuk rayu
-kepetahannya ialah meningkatkan martabat agama
-hatinya menggambarkan akhlak yang cantik

''''- Seindah hiasan adalah wanita solehah"





Beza Suka Vs Cinta

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


Jom, kenali warna!

Hitam

-dianggap gelap, suasana sedih atau menyerap cahaya

-mencerminkan kekuatan dan keanggunan


Merah

-simbol kasih sayang dan ghairah serta penuh dengan emosi.

-sebagai warna tarikan orang-orang yang berada disekitar pemakai..."lihat aku,chehhh"

-awas....nampak saja merah sering membuatkan seseorang nampak lebih besar dan dipercayai meningkatkan nafsu makan


Pink

-perempuan feminin

-bererti lembut dan menimbulkan perasaan romantik

-mengalirkan cas positif bagi si pemakai sehingga nampak lebih releks dan mudah didekati


Ungu

-disebut warna janda

-disepsikan sebagai kekayaan, kemewahan, bangsawan dan keanggunan

-miliki sifat feminin dan romantik

-warna yang menjadi pilihan wanita


Kuning

-jarang digemari

-membuatkan mata silau atau menyakitkan mata

-namun, tergolong sebagai warna ceria dan memiliki cas positif


Cokelat

-mewakili warna tanah dan alam.

-mencerminkan tenang dan kepercayaan.


Hijau

-melambangkan alam yang bererti tenang dan segar

-menjadi salah satu pilihan paling digemari jika seseorang ingin tampil segar dan bersemangat

"mungkin betul, mungkin tidak...layanzzzzz"


"chaiyok2"


MeNuJu PuNcAk KeJaYaAn...oyeh2
{Tiga Kunci}
Tiga kunci kejayaan yang harus diamalkan dalam hidup kita ialah fokus, fokus dan fokus dalam mencapai matlamat kita. Kejayaan akan membesar dan berterusan sekiranya kita jelas dengan apa yang ingin dicapai dan apa yang benar-benar kita inginkan.

Tujuh Langkah Dalam Mencapai Matlamat


Putuskan apa yang anda mahu dalam pelbagai bidang kehidupan. Buat secara spesifik
Tulis dengan jelas dan terperinci
Setkan tarikh pencapaian yang diingini, sekiranya matlamat itu besar, pecahkan tempoh pencapaian kepada beberapa tarikh dan pastikan ianya juga ditulis;
Buat senarai apa yang anda fikirkan boleh dibuat bagi mencapai matlamat diri, sekiranya anda terfikir idea baru untuk mencapai matlamat tersebut tuliskan dalam senarai untuk dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut;
Buat perancangan agar senarai tadi dimasukkan dalam perancangan yang terperinci mengikut turutan dan keutamaan;
Mengambil langkah atau tindakan secara segera beberapa langkah yang boleh dibuat pada masa tersebut. Ini sangat penting sebagai pendorong!
Buat sesuatu yang berkaitan matlamat tadi setiap hari berkaitan matlamat diri . penting kerana ianya akan mengekalkan momentum pencapaian matlamat